Masaalah komputer selalu restart

Salah satu masaalah atau kerosakan yang selalu berlaku pada sebuah komputer adalah keadaan dimana komputer selalu restart dengan sendiri. Dalam kes  komputer selalu restart ini tentu saja sangat membosankan terutama apabila kita sedang membuat  kerja, tiba-tiba komputer restart sendiri dan kita tidak sempat menyimpan dokumen tersebut. Mengikut  pengalaman saya ada  beberapa sebab  yang membuat komputer sering restart sendiri, diantaranya adalah:




1.RAM (memori) yang rusak


 RAM yang rusak juga boleh menyebabkan komputer restart dengan sendirinya.Cuba gunakan memori yang lain untuk menguji samada ram itu rusak.Sekiranya ada dua ram cuba tanggalkan salah satu untuk melihat yang mana rusak(tukar ganti untuk melihat yang mana bermasaalah..Jarang berlaku  kedua dua nya rusak secara serentak.



2. Masaalah processor panas 

 Salah satu sebab komputer jadi hang dan restart sendiri adalah disebabkan processor yang panas.Untuk memeriksa masaalah kepanasan pada pada processor,terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan:  
melihat keadaan suhu processor melalui paparan pada  hardware monitor di BIOS
gunakan software bagi monitor kepanasan seperti Core Temp
dengan membuka casing CPU dan meraba sendiri temperatur pada bagian Pendingin (Cooler) Processor.  
Punca yang menyebabkan kepanasan pada Processor:
Kipas pada processor (fan) tidak berfungsi.
Sirip pada Pendingin Processor tersumbat dengan debu,selalu berlaku bila menggunakan komputer ditempat yang berdebu.Habuk habuk yang melekat mestilah dibersihkan.
Perhatikan juga mungkin kipas pada power supply tidak berputar.

3. Power Supply yang bermasaalah

 Kemungkinan power supply membekalkan kuasa yang tidak mencukupi.Cuba gunakan power supply lain yang diketahui berfungsi dengan baik.Power supply dengan kuasa minimal 500 watt adalah perlu bagi kegunaan pada komputer sekarang.

4. card  Grafik rusak

 Kemungkinan kad grafik yang rusak.Biasanya kad grafik yang rusak cepat panas pada bahagian sirip pendinginnya .Coba periksa card tersebut.

5. Disebabkan bad sector pada Hardisk
  
Sekiranya terdapat bad sector pada hard disk akan menyebabkan ia menjadi hang atau muncul skrin biru.penyelenggaraan berkala seperti scan disk dan defragmenter perlu di lakukan bagi mengelakkan perkara ini berlaku.Komputer juga hendak lah di tutup dengan menggunakan fungsi shut down.


EmoticonEmoticon